LOGO
|
KETERANGAN | |
Warna Korporat |
Biru melambangkan kesetiaan dan budaya kerja yang profesional dalam memenuhi matlamat dan misi UPSI;
Kuning mencerminkan keikhlasan dalam menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan;
Merah
menggambarkan imej ketokohan, dominan, aktif dan progresif serta
nilai-nilai yang perlu diadaptasikan dalam mencapai wawasan UPSI.
|
|
Cogan Kata |
Cogan
kata SITC “Pengetahuan Suluh Budiman”, yang kekal diguna pakai oleh
UPSI menjadi mata rantai penyambung peranannya sebagai penjana dan
penerap ilmu bagi kesejahteraan insan. Ilmu pengetahuan adalah obor yang
tidak kunjung padam menerangi hati budi manusia dan menjadi penyuluh
alam kehidupan yang bahagia. Tiada yang lebih budiman selain berilmu
pengetahuan
|
|
Dua Bintik |
Dua
bintik kuning di kiri dan kanan yang mengasingkan UPSI dengan
Pengetahuan Suluh Budiman melambangkan dua institusi pendidikan iaitu
SITC dan UPSI yang memegang teguh segala ikrar dan janji setia pelajar
dan kakitangan kepada institusi ini yang tetap utuh sepanjang zaman
|
|
Corak Arabisque |
Bentuk
bunga lapan kelopak melambangkan motif keislaman untuk mencerminkan
kesucian ilmu, pendidikan, keikhlasan dan bertanggungjawab di samping
falsafah Universiti yang menitikberatkan lapan elemen, iaitu Keimanan,
Keilmuan, Kebudayaan, Ketamadunan, Kemanusiaan, Kemasyarakatan,
Kenegaraan dan Kecemerlangan
|
|
Keris |
Keris
melambangkan bidang kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada
UPSI sebagai pusat penjanaan ilmu pendidikan, seni dan muzik, bahasa dan
kesusasteraan, sains dan teknologi yang terkini
|
LOGO
|
KETERANGAN
|
|
Lampu |
Lampu
mewakili keunikan bentuk dan sejarah UPSI yang bermula dari SITC dan
kemudiannya UPSI, diibaratkan sebagai lampu penerang ilmu pengetahuan
anak bangsanya. Diharapkan sinarnya akan sentiasa menjana pelbagai ilmu
baharu menerusi kajian dan penyelidikan
|
|
Molekul |
Molekul
melambangkan keupayaan Universiti memberi penekanan untuk melahirkan
tenaga kerja yang aktif dan progresif dalam bidang sains dan teknologi
melalui pelaksanaan falsafahnya
|
|
Buku |
Buku mencerminkan UPSI sebagai pustaka ilmu pengetahuan yang berkualiti dan profesional
|
|
Tiga Lingkaran Bulat |
Tiga lingkaran bulat berwarna biru, kuning dan putih melambangkan fungsi UPSI: Pengajaran, Penyelidikan dan Khidmat Masyarakat
|
No comments:
Post a Comment